Total Pageviews

Tuesday, October 27, 2009

Piring Hitam Lama Sudirman Hj Arshad



Sebuah koleksi dari Allahyarham Sudir buat kenangan bersama. Siler klick lagu dibawah ni. Selamat mendengar.

Friday, September 25, 2009

Ahmad Jais EP - Mohon Kaseh


Disini aku postkan puler album EP Ahmad Jais (siler lihat gambar). Diiringi oleh Orkes Irama Melayu, muka satu dimuatkan dengan lagu RINDU dan SAHURA oleh J.S.Hamzah. Muka dua dimuatkan dengan lagu MOHON KASEH ciptaan Ariff Ahmad dan senikata oleh SM Salim. Lagu ke empat puler dimuatkan dengan lagu yang bertajuk SELOKA KASEH ciptaan Ahmad Shahriff dan senikata oleh Syarifah Aini. Siler klik untuk dengar lagu Mohon Kasih dibawah ni.
Ahmad Jais - Mohon...
Dibawah ni aku selitkan sebuah lagi lagu nyanyian beliau. Untuk makluman, lagu yang ini bukanlah sedutan dari EP diatas tapi aku siarkan juga hanya sekadar mengimbau kenangan silam jer.
Ahmad Jais - Diamb...
Ahmad Jais - Taqwa...

Wednesday, September 2, 2009

Stamp P.Ramlee


Stamp Kenangan P.Ramlee Seniman Agung

Syiling Kenangan 25 Tahun Merdeka. 1957 -1982


Syiling Kenangan 25 Tahun Merdeka. 1957 -1982

Monday, August 31, 2009

Uji Rashid's LP - Sambil tengok duit ni klik dan dengar-dengar ler lagu Uji Rashid ni..Old School sikit..


Disini aku postkan EP Uji Rashid Keluaran Roper Record. Album yang ini termasuklah Tangisan Semalam dan Kau Milik Hatiku dimula satu. Dimuka sebelah lagi dimuatkan puler dengan lagu-lagu Dimanakah Dia dan Ku Ingin Selalu Disamping Mu.



Doa Dihari Mulia - Sila klik kat play sign yang berwarna biru tu.

Tuesday, August 11, 2009

Syiling Kenangan 20 Tahun Merdeka. 1957 -1977



Disini saya postkan syiling kenangan 20 tahun merdeka. 1957 hingga 1977 untuk tatapan bersama. Selamat menyambut 52 tahun merdeka yang jatuh pada 31 August 2009 nanti.

Saturday, July 18, 2009

Syiling Kenangan 25 tahun KWSP 1976




Disini pula saya postkan syiling kenangan 25 tahun KWSP. Dikeluarkan pada tahun 1976. Syiling ni unik sikit. Gambar orang yang ramai.

Friday, July 17, 2009

Duit Yassin Tujuh - Saya tempatkan diatas sekali untuk blog ni


Ini ader sekeping duit Yassin Tujuh. Kadang-kadang orang panggil duit ni " Duit Orang Lurus". Sebelah mukanya ader tulisan Yaasin sebanyak tujuh baris dan sebelah lagi ader gambar seorang tua sedang mengandar bungkusan kain sambil sebelah tangan membimbit sebuah cerek. Dihadapannya ada tulisan "Yaakub" .
Lebih istemewa lagi tentang duit ini ialah ia satu-satunya duit yassin yang orangnya tak pakai tongkat dan ianya aneh sikit. Biler digengam oleh seseorang, bulu roma akan berdiri secara automatic. Bagi peminat-peminat duit yasin ni, duit yasin yang ini tidak tergulung didalam kategori duit yasin "tuyul" atau duit tongkat lainnya.
Saya letakkan ianya sentiasa dibahagian atas blog ni sebab ia ni special sikit.
P/S Anda juga akan dapat lihat gambar ni kat sesetengah blog sebab ianya dicopy dari sini oleh kawan-kawan saya yang juga peminat barang-barang antik. Harap berhati-hati kalau ada sesiapa yang nak menjualnya kerana yang ini hanya ada disimpanan saya.

Thursday, June 25, 2009

Syiling Kenangan 20 tahun Bank Negara Malaysia


Sekeping lagi Syiling Kenangan 20 tahun Bank Negara Malaysia, Ulangtahun ke 20 Bank Negara Malaysia sejak permulaan ditubuhkan tahun 1959 hinggalah ketahun 1979.

Friday, June 19, 2009

Syiling Kenangan 10 tahun Bank Negara Malaysia 1959 -1969



Disini saya lampirkan sekeping Syiling Kenangan 10 tahun Bank Negara Malaysia 1959 -1969. Masih elok disimpan dalam koleksi saya. Rare dan masih cantik walaupun dah berumur 40tahun.

Monday, June 8, 2009

Syiling Kenangan Sukan Asia Keenam Bangkok 1970


Berikut adalah gambar syiling Kenangan Sukan Asia Keenam yang telah diadakan diBangkok pada tahun 1970 bernilai 1 Bath

Sunday, May 24, 2009

Duit Belanda 1950




Stamp Serawak Zaman British



Disini juga saya postkan sekeping Stamp Serawak Zaman British dan sekeping Stamp Malaysia tiga segi.

Sunday, May 17, 2009

Wang Kertas Malaysia Pertama


Berikut adalah gambar Tan Siew Sin dengan wang kertas Malaysia pertama mengantikan wang kertas British Borneo yang digunakan oleh Malaysia, Singapura, Brunei, Sabah dan Serawak.
Serentak dengan ini, negara-negara tersebut juga telah mengeluarkan wang kertas masing-masing walaupun telah ditentang oleh persatuan perniaga-permiaga dari Malaysia dan Singapura.

Saturday, April 11, 2009

Duit Sepuluh Sen Straits Settlements 1926


Ini ader sekeping duit syilling perak Sepuluh Sen Straight Settlement 1926. Ianya sudah berumur 89 tahun.
Duit ini dikeluarkan oleh negeri-negeri selat sendiri. walau bagaimanapun, nama negeri India masa tertara walaupun pentadbiran East India Company telah lama berpindah dari India ke London iaitu pada 1 haribulan April 1867 lagi. Pembuatan matawang diHong Kong (Jajahan British) juga telah ditutup pada tahun 1868. Untuk mengelakkan dari berlakunya "kemarau" duit-duit kecil maka mahu tak mahu terpaksalah negeri-negeri selat mengeluarkan duit-duit kecilnya sendiri. Bagi permulaannya duit-duit tembaga 1/4 , 1/2 dan 1 sen berserta duit-duit seling perak berharga 5, 10 dan 20 sen pula dikeluarkan dalam tahun 1871. Bermula pada tahun 1890, diterbitkan pula duit-duit seling berharga 50 sen.

Monday, April 6, 2009

Duit lama Malaya dan British Borneo satu sen keris 1962 - Matawang Pertama Memecah Tradisi


Ini ada duit seling Malaya dan British Borneo satu sen keris 1962. Duit ni baru sedikit dibanding dengan duit syiling yang empat segi. Masa kecik-kecik dulu, kiter boleh beli ais cream pakai duit keris bercampur dengan duit segiempat. Masa nak beli, suspence jer. Takut-takut duit yang segi empat tu tak laku. Tapi cina ais cream tu ambil juga. Masa duit keris dah keluar, duit segiempat masih laku lagi. Perlahan-perlahan duit segiempat tu hilang dari pasaran. Apa yang pasti, duit kiter nilainya semakin hari semakin merosot tanpa kita sedar dan akhirnya kiter tak dapat gunakan duit satu sen ni lagi. Pas tu, lama kelamaan nilai sepuluh sen pula dah tak boleh guna untuk beli barang. Dua puluh sen pun la ni dah tak ada harga. Akan datang pula, mungkin sekeping kuih harganya seringgit pulak. Hilang nilai untuk membeli kerana inflasi naik sepuluh kali ganda selepas mardeka. Gaji lepas mardeka RM200 rasanya lebih besar kuasa belinya berbanding dengan gaji RM2000 sekarang ni. Hampeh...Begitulah nilai matawang semakin lama sentiasa merosot. Bak kata orang " Money is what money does". "Money now is more valuble then money in future"
Sejarah - Semenjak tahun 1961, Bank Negara Tanah Melayu telah pun menjadi wakil Suruhanjaya Lembaga Kewangan Tanah Melayu dan British Borneo di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang. Walau bagaimana pun, apabila ibu pejabat Lembaga itu dipindahkan dari Singapura ke Kuala Lumpur pada bulan Julai 1962 Bank Negara Tanah Melayu telah mengambil alih pentadbiran harian Lembaga tersebut dengan seorang pegawai kanan bank ini menjadi Setiausaha kepada Lembaga itu. Duit tembaga satu sen yang bercorak baharu telah dikeluarkan serentak di Singapura, Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Kucing dan Jesselton ( Kota Kinabalu) pada 17 December 1962. Besar duit ini menerusi garispusatnya adalah 0.7 inchi, mempunyai gambar dua bilah keris bersilang dihadapannya manakala dibahagian belakangnya terdapat perkataan "Malaya dan British Borneo / 1 sen / 1962. Disini hilanglah kegunaan duit seling segiempat yang mengunakan gambar raja-raja British. Iaitu setelah lima tahun medeka. Matawang ini digunakan di Tanah Melayu, Singapura, Kalimantan Utara ( Sabah, Serawak dan Brunei)

Saturday, April 4, 2009

Stemp Lama Sepuluh Sen Brunei


Ini adalah sekeping stemp Brunei Lama - Gambar Sultan Brunei. Very rare and difficult to find.

Siler klik kat gambar tu kalau nak tengok full screen image.

Duit Naga - Kiangnan 1902 Ten Cash



Disini saya postkan gambar duit naga tembaga wilayah Kiangnan yang masih elok dalam koleksi saya. Dikeluarkan pada tahun 1902. Orang cina kata duit ni ada ong.

Saturday, March 28, 2009

Sa-Puloh Ringgit Brunei - Very Fine


Wang Brunei citakan pertama. Sa-Puloh Ringgit. Sebagai sebuah negeri yang menjadi ahli Lembaga Persuruhjaya Mata Wang Tanah Melayu dan British Borneo , sebelum ianya dibubarkan pada Jun 1967, negeri Brunei terlibat secara langsung dalam masaalah pemecahan matawang ini. (Selain dari Malaysia dan Singapura). Kerajaan Brunei telah menubuhkan sebuah Lembaga Matawang selaku pihak yang berkuasa mengeluarkan matawangnya sendiri. Matawang ini pada masa tersebut adalah bersandarkan matawang Sterling dan dicetak diLandon.

Stemp - Stemp Lama Malaya - very rare. Sila click untuk full screen image


Selongkar-punya selongkar, belek punya belek, cari punya cari maka jumpalah koleksi stemp isteri saya. Disini saya lampirkan sekali untuk tatapan dan kenangan fakta-fakta sejarah silam.

Friday, March 27, 2009

Lima Puluh Ringgit Lama Malaysia - Yang Ini Lebih Lama Dari Yang Kat Bawah Tu.




Lima Puluh Ringgit Lama Malaysia




Duit syilling Singpore Sepuluh sen kuda laut 1968



Disini Matselongkar sertakan foto duit syilling Singpore Sepuluh Sen kuda laut. Ianya cuma untuk mengimbau kembali kenengan lama . Duit ini adalah duit seling Singapura keluaran pertama setelah berpisah dari Malaysia.

Monday, March 23, 2009

Black Dog Bone LP


Black Dog Bone Long Play album Si Gadis Ayu. Muka 1. Sigadis Ayu, Hatiku Luka lagi, Siapa Gerangan, Hanya Bayangan, Geram dan Perjalanan Hidup. Muka 2. Penghibur dan Pemberitahu, mengenang Ibu, Lagu Penghibur Hati, Joget Bujang Dirantau, Bercahaya Sang suria Dengan Wajahmu dan Berpisah Akhirnya. Lagu Rilex dan Geram ader kat YouTube sebelah kiri tu. Kat bawah ni lagu Joget Bujang Dirantau. Siler klick kat play sign icon tu. Downloading time bergantung pada speed modem anda.
Black_Dog_Bone_-_J...

Friday, March 13, 2009

Duit Kertas Malaysia Sepuluh Ringgit Lama


Selongkar punyer selongkar, jumpalah sekeping duit malaysia sepuluh ringgit lama. Keadaannya masih cantik dan takda lipatan-lipatan dan masih bersih macam baru. Kumpul masa bujang-bujang dulu. Masa tu bila dapat gaji, tarik sekeping dan masukkan dalam album. Pada masa tu dah terfikir dah yang duit macam ni lama-lama akan bertukar ganti dan silap-silap akan pupus. Nombornya pun bagus, Sepuluh mata. Jadi simpanlah satu buat tatapan anak cucu dikemudian hari. Dulu masa bujang sepuluh ringgit ni besar sungguh. Rokok sekotak besar RM2.50. Nasi campur dengan air RM3.00. Sepuluh ringgit boleh survive selama satu hari. Tengok wayang third class 60 sen cerita kungfu cina. Kadang-kadang sepuluh ringgit boleh tahan sampai sehari setengah. Seluar Levis RM45 sehelai. Siler klick kat gambar tu kalau nak tengok full screen image.

Thursday, March 12, 2009

1974 Five Cent Singapore Coin



35 years old 5 cent Singapore Coin. Those time this coin was having the same value as our malaysian 5 cent coin. Kalau beli gula-gula hack, 5 sen dapat tiga biji. Tapi masa budak-budak, gula-gula hack in kiter tak suka sebab pedas. Bagi kiter free pun kita tak mau. Orang tua jer makan gula ni. Siler klik pada gambar untuk image yang lebih besar ( full screen image )

Another 1 Old Singapore Dollar

This in another one Sing Dollar. This one is a bit newer than the previous one.

Old Singapore Banknote - One Dollar


This is an old Singapore One Dollar banknote.