Total Pageviews

Monday, April 6, 2009

Duit lama Malaya dan British Borneo satu sen keris 1962 - Matawang Pertama Memecah Tradisi



Ini ada duit seling Malaya dan British Borneo satu sen keris 1962. Duit ni baru sedikit dibanding dengan duit syiling yang empat segi. Masa kecik-kecik dulu, kiter boleh beli ais cream pakai duit keris bercampur dengan duit segiempat. Masa nak beli, suspence jer. Takut-takut duit yang segi empat tu tak laku. Tapi cina ais cream tu ambil juga. Masa duit keris dah keluar, duit segiempat masih laku lagi. Perlahan-perlahan duit segiempat tu hilang dari pasaran. Apa yang pasti, duit kiter nilainya semakin hari semakin merosot tanpa kita sedar dan akhirnya kiter tak dapat gunakan duit satu sen ni lagi. Pas tu, lama kelamaan nilai sepuluh sen pula dah tak boleh guna untuk beli barang. Dua puluh sen pun la ni dah tak ada harga. Akan datang pula, mungkin sekeping kuih harganya seringgit pulak. Hilang nilai untuk membeli kerana inflasi naik sepuluh kali ganda selepas mardeka. Gaji lepas mardeka RM200 rasanya lebih besar kuasa belinya berbanding dengan gaji RM2000 sekarang ni. Hampeh...Begitulah nilai matawang semakin lama sentiasa merosot. Bak kata orang " Money is what money does". "Money now is more valuble then money in future"
Sejarah - Semenjak tahun 1961, Bank Negara Tanah Melayu telah pun menjadi wakil Suruhanjaya Lembaga Kewangan Tanah Melayu dan British Borneo di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang. Walau bagaimana pun, apabila ibu pejabat Lembaga itu dipindahkan dari Singapura ke Kuala Lumpur pada bulan Julai 1962 Bank Negara Tanah Melayu telah mengambil alih pentadbiran harian Lembaga tersebut dengan seorang pegawai kanan bank ini menjadi Setiausaha kepada Lembaga itu. Duit tembaga satu sen yang bercorak baharu telah dikeluarkan serentak di Singapura, Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Kucing dan Jesselton ( Kota Kinabalu) pada 17 December 1962. Besar duit ini menerusi garispusatnya adalah 0.7 inchi, mempunyai gambar dua bilah keris bersilang dihadapannya manakala dibahagian belakangnya terdapat perkataan "Malaya dan British Borneo / 1 sen / 1962. Disini hilanglah kegunaan duit seling segiempat yang mengunakan gambar raja-raja British. Iaitu setelah lima tahun medeka. Matawang ini digunakan di Tanah Melayu, Singapura, Kalimantan Utara ( Sabah, Serawak dan Brunei)

1 comment:

satf said...

Sdr Tamingsari,

Assalaamulaykum !

Saya Ramzan dari Kangar, Perlis

Entah macammana, termasuk ke dalam pautan web saudara. Lansung tertarik dengan tulisan mengenai kolam renang yang telah saudara bina itu.

Kebetulan saya bercadang untuk membinanya di rumah saya dan saya sedang mencari maklumat-maklumat berkenaan di internet. Dari maklumat yang telah saya perolehi, di negara kita ni tak banyak kontraktor yang mampu atau berminat untuk membinanya. Mungkin di sebabkan permintaan yang tak begitu banyak.

Ada satu syarikat multinasional yang beroperasi disini iaitu desjoyaux (http://www.desjoyaux.com.my/), tetapi kos untuk kolam renang yang paling asas pun sekitar RM60k.

Satu lagi ialah syarikat tempatan iaitu MAG builder, tetapi rasanya beroperasi sekitar lembah kelang shj.

Rasanya kalau kita sendiri yang menguruskan projek ni, kos ni mungkin sekitar RM30k atau kurang.

Daripada apa yang saya baca, ada beberapa jenis kolam renang inground seperti daripada konkrit, fiberglass dll. Sekiranya membina sendiri, saya bercadang untuk menggunakan yang berlantai konkrit (gunite).

Sekiranya saudara sudi berkongsi pengalaman saudara membina kolam renang tersebut, harap dapat di komunikasikan menggunakan alamat ramzan@unimap.edu.my.

Di dahulukan dengan ucapan terima kasih.

Ramzan
Kangar, Perlis