Total Pageviews

Saturday, July 18, 2009

Syiling Kenangan 25 tahun KWSP 1976




Disini pula saya postkan syiling kenangan 25 tahun KWSP. Dikeluarkan pada tahun 1976. Syiling ni unik sikit. Gambar orang yang ramai.

Friday, July 17, 2009

Duit Yassin Tujuh - Saya tempatkan diatas sekali untuk blog ni


Ini ader sekeping duit Yassin Tujuh. Kadang-kadang orang panggil duit ni " Duit Orang Lurus". Sebelah mukanya ader tulisan Yaasin sebanyak tujuh baris dan sebelah lagi ader gambar seorang tua sedang mengandar bungkusan kain sambil sebelah tangan membimbit sebuah cerek. Dihadapannya ada tulisan "Yaakub" .
Lebih istemewa lagi tentang duit ini ialah ia satu-satunya duit yassin yang orangnya tak pakai tongkat dan ianya aneh sikit. Biler digengam oleh seseorang, bulu roma akan berdiri secara automatic. Bagi peminat-peminat duit yasin ni, duit yasin yang ini tidak tergulung didalam kategori duit yasin "tuyul" atau duit tongkat lainnya.
Saya letakkan ianya sentiasa dibahagian atas blog ni sebab ia ni special sikit.
P/S Anda juga akan dapat lihat gambar ni kat sesetengah blog sebab ianya dicopy dari sini oleh kawan-kawan saya yang juga peminat barang-barang antik. Harap berhati-hati kalau ada sesiapa yang nak menjualnya kerana yang ini hanya ada disimpanan saya.