Total Pageviews

Saturday, April 11, 2009

Duit Sepuluh Sen Straits Settlements 1926


Ini ader sekeping duit syilling perak Sepuluh Sen Straight Settlement 1926. Ianya sudah berumur 89 tahun.
Duit ini dikeluarkan oleh negeri-negeri selat sendiri. walau bagaimanapun, nama negeri India masa tertara walaupun pentadbiran East India Company telah lama berpindah dari India ke London iaitu pada 1 haribulan April 1867 lagi. Pembuatan matawang diHong Kong (Jajahan British) juga telah ditutup pada tahun 1868. Untuk mengelakkan dari berlakunya "kemarau" duit-duit kecil maka mahu tak mahu terpaksalah negeri-negeri selat mengeluarkan duit-duit kecilnya sendiri. Bagi permulaannya duit-duit tembaga 1/4 , 1/2 dan 1 sen berserta duit-duit seling perak berharga 5, 10 dan 20 sen pula dikeluarkan dalam tahun 1871. Bermula pada tahun 1890, diterbitkan pula duit-duit seling berharga 50 sen.

No comments: