Ini ada duit seling Malaya dan British Borneo satu sen keris 1962. Duit ni baru sedikit dibanding dengan duit syiling yang empat segi. Masa kecik-kecik dulu, kiter boleh beli ais cream pakai duit keris bercampur dengan duit segiempat. Masa nak beli, suspence jer. Takut-takut duit yang segi empat tu tak laku. Tapi cina ais cream tu ambil juga. Masa duit keris dah keluar, duit segiempat masih laku lagi. Perlahan-perlahan duit segiempat tu hilang dari pasaran. Apa yang pasti, duit kiter nilainya semakin hari semakin merosot tanpa kita sedar dan akhirnya kiter tak dapat gunakan duit satu sen ni lagi. Pas tu, lama kelamaan nilai sepuluh sen pula dah tak boleh guna untuk beli barang. Dua puluh sen pun la ni dah tak ada harga. Akan datang pula, mungkin sekeping kuih harganya seringgit pulak. Hilang nilai untuk membeli kerana inflasi naik sepuluh kali ganda selepas mardeka. Gaji lepas mardeka RM200 rasanya lebih besar kuasa belinya berbanding dengan gaji RM2000 sekarang ni. Hampeh...Begitulah nilai matawang semakin lama sentiasa merosot. Bak kata orang " Money is what money does". "Money now is more valuble then money in future"
Sejarah - Semenjak tahun 1961, Bank Negara Tanah Melayu telah pun menjadi wakil Suruhanjaya Lembaga Kewangan Tanah Melayu dan British Borneo di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang. Walau bagaimana pun, apabila ibu pejabat Lembaga itu dipindahkan dari Singapura ke Kuala Lumpur pada bulan Julai 1962 Bank Negara Tanah Melayu telah mengambil alih pentadbiran harian Lembaga tersebut dengan seorang pegawai kanan bank ini menjadi Setiausaha kepada Lembaga itu. Duit tembaga satu sen yang bercorak baharu telah dikeluarkan serentak di Singapura, Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Kucing dan Jesselton ( Kota Kinabalu) pada 17 December 1962. Besar duit ini menerusi garispusatnya adalah 0.7 inchi, mempunyai gambar dua bilah keris bersilang dihadapannya manakala dibahagian belakangnya terdapat perkataan "Malaya dan British Borneo / 1 sen / 1962. Disini hilanglah kegunaan duit seling segiempat yang mengunakan gambar raja-raja British. Iaitu setelah lima tahun medeka. Matawang ini digunakan di Tanah Melayu, Singapura, Kalimantan Utara ( Sabah, Serawak dan Brunei)