Total Pageviews

Monday, July 28, 2008

Pemain Piring Hitam Lama


Beberapa bulan dulu, Matselongkar masuklah dalam stornya. Selonglar sana selongkar sini jumpalah pemain piring hitam lama. Piring pun maseh banyak. Collect sana collect sini, dapatlah sekarang lebih kurang 100 keping. Setengahnya beli dari kangkawan. Setengahnya kawan-kawan bagi free.

Lagu semuanyer best-best. Black Dog Bone, Conie Francis, Jamal Abdillah, Uji Rashyid, Sudirman, Mat Jais, Fletwood Mac, Ballemy brothers, Ester Philip dan lain-lain. Piring hitam ni ader 2 size dan 2 speed. Yang besar dipanggil LP atau Long Play. LP 33.3 rpm. Yang kecil dipanggil EP atau Extra Play. Speed dia 44.5 rpm. Sekarang ni harger dia cukup mahal. Ader yang mencecah sampai rm120.00 sekeping. Second hand plak tu. Lagu tamil movie tahun 50 han pun ader lebih kurang 30 keping. Member kasi. Berputau lidah nak sebut nama elbumnya. Record Palyer aku sekarang dah ader 3. Sansui, Rotel dan Onkyo. Onkyo sedang repair. Pak Sani yang bagi aku. Yang kat kampung tu.....Belting dia RM85.00. Sekarang tengah cari Jarum dia. Relex dululer... sebab kena simpan duit dulu kalau nak repair.
Kesemuanya bender ni dah dekat 25 tahun tapi masih in excellent condition. He..he..
Bender-bender ni bukan aper. Aku nak abadikan saja. Dah tak der dah sekarang ni. Piring hitam ni dulu-dulu bebudak baling macam UFO. Ruginya. Sekarang ni biler tanya apa itu piring hitam, mereka tercengang-cengang.
Suare piring hitam pakai analog. Lebih seni dari CD. Suare CD guna digital output dan dah dimordify pakai software macam catwalk, musicpro dsb. Dah tak raw dan tak ori.
Kalau bukak garage stor bagus ni. Buat Business atau display. Iklan dalam internet. O.K ker ni?

Sunday, July 27, 2008

Ceriter Duit Syiling Lama


Dulu masa kecik-kecik, nak cari duit sangatlah perit. Sepuluh sen kongsi ramai-ramai makan kat sekolah. Aku, Kak Bedah dan Kak Leha jumpa bawah tangga sekolah waktu rehat. Kat situ kami kongsi-kongsi makanan. Dulu biler jumper duit syilling kat tanah, aku gosok pakai tumit kaki kat pasir supaya semua okside dan karat hilang. Macam orang menari twist. Hati rasa berbunga. Pas to beli ais skrim.

Jumpa sepuluh sen macam jumpa duit sepuluh ringgit. Puhh....hai...

Kat sekolah, tiap-tiap hari Jumaat, Allahyarham Chegu Saad Sikan akan menyedekahkah setiap murid sepuluh sen. Duit dimasukkan dalam tin tembakau paip cap nenas. Biler masuk dalam poket, seluruh baju dan badan berbau tembakau paip. Sampai sekarang ni aku tetap ingatkan jasa guruku . Sepuluh sen begitu bererti. Tiap-tiap maghrib, selepas solat aku tak kan luper padanya dengan bersedekah sepaling dua Alfatihah. Walaupun peristiwer tu dah 40 tahun berlalu namun ingatan aku masih segar dan tajam. Tak sia-sialah guruku bersedekah sebab setelah 40 tahun berlalu, ada seorang muridnya yang sentiasa mendoakannya setiap hari secelik mata dari tidur. Semuga beliau sentiasa didalam Rahman dan Rahim Allah Azzawajjal.

Disini Matselongkar postkan gambar duit dulu zaman british. Ianya masih digunakan semasa aku bersekolah . Duit-duit masih ader dalam simpanan Matselongkar. Yang penting bukan hanyer sebagai gambar duit tetapi peristiwer-peristiwer pahit, maung, dan manis disebaliknya.

Jam


Satu hari teringatlah Matselongkar untuk membuat hobi lama sejak dari kecik, iaitu meyelongkar. Selongkar punyer selongkar, jumpalah sebuah jam lamer berbentuk bujur. Fikir punya fikir, datanglah satu idea untuk buat jam dari kayu. Esoknya Matselongkar pergilah kebelakang rumah cari kayu lama dan terpakai. Ketuk sana ketuk sini, jadilah sebuah jam besar. Pas tu suruh baby Rasyidah berdiri sebelah dan tangkap gambar. Inilah hasil tangan matselongkar sendiri. Boleh tahan juge. He ...he...

Saturday, July 26, 2008

Syilling Lama


Seling Singapore lama hasil selongkar pagi in. Siler tengok gambar post kat sebelah ni.
Duit singapore ni dulu sama nilainya dengan duit syilling RM1 Malaysia. Syilling Malaysia I Ringgit akan dipost tidak lamer lagi. Kenalah selongkar dulu. Dah luper kat mana simpanlah.

Swimming Pool


Swimming pool ni ader cerita disebalik keujudannya. Citer nya macam ni. Ader dua orang kawan Matselongkar hidup terlalulah susah sebab tak der kerja. Melahu sana melahu sini. Minum kopi share dua orang. Merokok pun sebatang share dua orang. Seorang bekas tentera dan seorang lagi budak Sabah. Pikir punyer pikir. Aku pun dapat satu idea. Suruh mereka bekerja dengan aku. Nak bagi duit selalu takleh ler. (Kadang-kadang aku hulur juga lima enam puluh ringgit untuk meringankan penderitaan mereka buat sementara. Tapi sampai biler aku boleh bertahan). Jadi aku suruh mereka kerja dengan projek aku sendiri. Buat kolam ikan dan kolam renang. Kalau nak ikut-ikut saper ler nak buat kolam renang kat rumah. Tapi sebenarnya aku sajer jer nak tolong dia orang. Jangan sampai mereka merangkak tak boleh berjalan sebab tak der rokok, melengkuang dan kebulur he..he.. he. Masaalahnya yang sorang tu dah ader family. Macam mana nak cari beras lah..bil letrik lah.. anak sekolah lah..... . Kolam ni empat bulan baru siap. Tapi sekarang dua-dua dah ader kerja. Seorang dah jadi taukey besar dah. Syukur Alhamdulillah. Meraka dah senang sekarang dan akupun dapat tumpang suka juga. Begitulah nilai sebuah kehidupan he he.....
Dulu biler aku nak bernang, kena sembunyi sembunyi. Bernang kat Parit Nipah, Parit Kangkung. Lepas bernang, kulit naik bersisik. Biler balik, zap,zap.. melelas kat tengah belakang dek kene belasah. He...He...Kalau bau... sikit punya teruk, badan bau rumput dan rambut pun bahu parit. Kobau pun wangi jang oi.....

Friday, July 25, 2008

sampan

Hari ni nak citer dan selongkar sikit perihal sampan dan citer lama-lama. Thanks to my dear brother zizi for posting gambar abah. Dulu sampan lepap abah buat sendiri kat belakang rumah. Mula-mula cari kayu untuk bingkai dan gading. Pas to cari papan. Ketam dan ketok sana ketok sini. Tup-tup dah jadi. Biler masa test run, sampan menugal cucuk ombak dan masuk air. Kene repair. Kene naikkan lagu satu papan. Satu ketiker aku belikan enjin outboard Yamaha 3 kuasa kuda. Best. Lebih laju dari Bot (sebab bot kandas kat kuala). He..he..I once felt asleep with my r brother Amir in a sampan at night around 11 o'clock while waiting for abah melangai udang. Luckily the old man acted fast enough, bernang depa dan woke us up by splashing and throwing some water at us. It was quite deep though. Air dah mungkin 2 depa dah dalamnya. Otherwise both of us could have probably woke up at Pulau Rupat, Medang, Bagan or somewhere at one corner of Bengkalis, Sumatra. Kat sini nanti aku postkan buku simpan postoffice tahun 1935 milik Allahyarham Pak Anjang. Ini yang dapat diselongkar oleh Matselongkar setakat ni.

My first day bloging.

Upon hearing that my brother, zizi has recently developed his new blog, I tried to get mine done as well. After trying (and learning) a little bit here and there, I managed to set up one. I have got his blog linked up as well. Not too bad for a beginer bloger I think. What I need to do is "selongkar" a little bit here and there hoping that as time goes along, this blog might get better.