Dulu masa kecik-kecik, nak cari duit sangatlah perit. Sepuluh sen kongsi ramai-ramai makan kat sekolah. Aku, Kak Bedah dan Kak Leha jumpa bawah tangga sekolah waktu rehat. Kat situ kami kongsi-kongsi makanan. Dulu biler jumper duit syilling kat tanah, aku gosok pakai tumit kaki kat pasir supaya semua okside dan karat hilang. Macam orang menari twist. Hati rasa berbunga. Pas to beli ais skrim.
Jumpa sepuluh sen macam jumpa duit sepuluh ringgit. Puhh....hai...
Kat sekolah, tiap-tiap hari Jumaat, Allahyarham Chegu Saad Sikan akan menyedekahkah setiap murid sepuluh sen. Duit dimasukkan dalam tin tembakau paip cap nenas. Biler masuk dalam poket, seluruh baju dan badan berbau tembakau paip. Sampai sekarang ni aku tetap ingatkan jasa guruku . Sepuluh sen begitu bererti. Tiap-tiap maghrib, selepas solat aku tak kan luper padanya dengan bersedekah sepaling dua Alfatihah. Walaupun peristiwer tu dah 40 tahun berlalu namun ingatan aku masih segar dan tajam. Tak sia-sialah guruku bersedekah sebab setelah 40 tahun berlalu, ada seorang muridnya yang sentiasa mendoakannya setiap hari secelik mata dari tidur. Semuga beliau sentiasa didalam Rahman dan Rahim Allah Azzawajjal.
Disini Matselongkar postkan gambar duit dulu zaman british. Ianya masih digunakan semasa aku bersekolah . Duit-duit masih ader dalam simpanan Matselongkar. Yang penting bukan hanyer sebagai gambar duit tetapi peristiwer-peristiwer pahit, maung, dan manis disebaliknya.
4 comments:
kat kampung ni pun byk gak siling pelik2......nanti aku upload....nak simpan lama lagi tu
Cigu saad sikan tu org muar@pt.jawa ke...kalau betul arwah bapak saya tu..
Cigu saad sikan tu org muar@pt.jawa ke...kalau betul arwah bapak saya tu..
Ya tuan Chal..memang betul sekali. Kita ada kena mengena sedikit sebelah ibu. Orang asal selangorkan?
Post a Comment