Total Pageviews

Sunday, August 17, 2008

Duit Syilling Empat Segi, Male and Female


Ini ader lagi duit-duit syilling lama satu sen empat segi. Satu male dan satu lagi female. Yang satu kat bawah tu duit syilling satu sen straight settlement, male. Sebelah tu duit zaman british lima sen. Ader male dan female juga. Biasanya duit-duit syilling ni, yang male senang jumper. Tapi yang female (queen) tu susah sikit nak jumper sekarang ni. Sebab tak tau kenapa. Ader sesetengah orang percaya yang syilling perempuan ni kalau simpan dalam wallet, boleh sentiasa wallet tak kering. Tapi aku tak ler percaya bender-bender ni. Cuma suker buat collection jer. Dulu zaman kecik-kecik, biler cina ais cream lalu, kiter masih ingat lagi yang kiter boleh pakai duit-duit satu sen ni untuk beli ais cream. Maser tu ais cream malaysia sebatang baru lima sen jer. Tak lama lepas tu, keluar puler duit syilling gambar keris bersilang. Masa tu masih kiter boleh beli ais cream guna duit syilling empat segi bercampur dengan syilling satu sen keris bersilang. Kedua -duanya laku. Tak ader masaalah. Penjual ais cream tu selamber jer ambik duit-duit syilling ni. Duit-duit ini Matselongkar simpan sekali dengan pengalaman dan kenangan silam semasa mengunakannya. Nanti Matselongkar postkan duit-duit syilling satu sen, suku sen, setengah sen dan tiga suku sen zaman straight settlemant puler. Duit-duit zaman straight settlement itu masih ader dalam simpanan Matselongkar.

No comments: