Total Pageviews

Sunday, August 24, 2008

EP Hindustan - Bobby


Salam sejahtera. Yang ini puler adalah satu EP dari filem Bobby. Lagu-lagu termasuklah Mein Shair To Nahin, Mujhe Kuchh Kahna Hai, Chabi Kho Jae.
Chabi Kho Jae.mp3
Main Shair To Nahi...
Juga lagu yang berjudul Na Mancun Sona Chandi oleh CNR Record. Filem Bobby ni sungguh ramai peminat terutama di Malaysia ni. Ader yang menuntun filem ini sampai dua tiga kali.

Friday, August 22, 2008

Rafeah Buang Extended Play (EP)


Hari ni kiter postkan satu EP Allahyarhamah Datin Rafeah Buang. Suara Allahyarhamah begitu menyenangkan hati biler didengar. Semuga beliau didalam rahmatNya.
Datin Rafeah Buang...
Kalau nak dengar salah satu lagu beliau, siler klik kat play sign dibawah ni. Ini lagu contoh sahajer. Sebenarnya lagu Tunggu Sekejap ni hanyer ada dalam elbum LP beliau (Long Play ). Tapi tak per. Aku akan susun semula semasa memuat naik elbum LP beliau nanti.
Datin Rafeah Buang...

Thursday, August 21, 2008

1935 British Malaya Post Office Saving Book


This book is extreemly rare. It was dated 1935, eight years before Japanese occupied Malaya.
It was (and still is I guest) 2 dollars in here. Those days the Ringgit was also called dollar.
During my primary school around 1969, this book was still in used but the size was a little bit smaller. During that time, I did not even know that the saving book I was having was originated long before the Japanese occupation. It could probably came into being during the early 30s.

Pancing Ikan Kat Batu Dua Belas



Hari ni lepas jer kerja bawak budak-budak pergi pancing ikan sekejap kat Batu 12. Pantai Batu 12 ni memang banyak ikan. Tapi ikan Gelama ler.... Gelama pun gelamalah asalkan ader makan dan boleh dapat dia punya feel. Kat PD ni kalau memancing tempat lain...... hampeh... penat jer menunggu berjam-jam. Gigit pun tak der. Bebudak pun nanti boring dan fed up. Hari ni dapat 3 ekor gelama. Aida dapat 2 ekor. Sarah dengan Rasyidah dapat satu ekor. O.k leh juga. At least dapat tarik dan bawak naik ikan. Itupun mereka dah sangat-sangat happy dan seronok.

Duit Yassin Tigabelas


Duit Yassin Tigabelas ni ganjil sikit. Tak tahu sejarah dia macam mana. Sebelah muka bertulis dua kalimah syahadah beserta dengan gambar Ka'abatullah dan sebelah lagi ader kalimah ya dan sinn sebanyak tigabelas baris. Disini aku postkan untuk dikongsi bersama.

Wednesday, August 20, 2008

My Friend's Link. Another Notes & Coin Collectors

Diatas ni aku link kan kawan aku punya blog. Beliau ni memang aktif dalam koleksi duit dan banknotes lama-lama. Kiranya beliau ni dah memang banyak ilmu tentang perihal koleksi banknotes dan coins ni. Silerlah melawat ke link diatas tu kalau nak tahu tentang terma-terma dan istilah-istilah yang biasa digunapakai dalam mendescripsikan perihal koleksi wang kertas dan syilling oleh para collectors.

Sunday, August 17, 2008

Album EP Sanisah Huri


Disini Matselongkar poskan gambar piring hitam Sanisah Huri. Album tahun 1974 dikeluarkan oleh EMI Record. Dicetak oleh Parlophone Ltd. Copyrighted.

Elbum elbum termasuklah Ini Masanya (ala Hindustan). Jangan Putus Ditengah Jalan, Ku sampaikan Salam (Kasim Masdor). Hanya Dikau ciptaan P.Ramlee. Susunan Musik dan Terbitan Kasim Masdor
Sanisah Huri - Han...
Lagu-lagu lain Sanisah Huri Termasuklah "siapa Gerangan"
Sanisah Huri - Sia...

Duit Syilling Empat Segi, Male and Female


Ini ader lagi duit-duit syilling lama satu sen empat segi. Satu male dan satu lagi female. Yang satu kat bawah tu duit syilling satu sen straight settlement, male. Sebelah tu duit zaman british lima sen. Ader male dan female juga. Biasanya duit-duit syilling ni, yang male senang jumper. Tapi yang female (queen) tu susah sikit nak jumper sekarang ni. Sebab tak tau kenapa. Ader sesetengah orang percaya yang syilling perempuan ni kalau simpan dalam wallet, boleh sentiasa wallet tak kering. Tapi aku tak ler percaya bender-bender ni. Cuma suker buat collection jer. Dulu zaman kecik-kecik, biler cina ais cream lalu, kiter masih ingat lagi yang kiter boleh pakai duit-duit satu sen ni untuk beli ais cream. Maser tu ais cream malaysia sebatang baru lima sen jer. Tak lama lepas tu, keluar puler duit syilling gambar keris bersilang. Masa tu masih kiter boleh beli ais cream guna duit syilling empat segi bercampur dengan syilling satu sen keris bersilang. Kedua -duanya laku. Tak ader masaalah. Penjual ais cream tu selamber jer ambik duit-duit syilling ni. Duit-duit ini Matselongkar simpan sekali dengan pengalaman dan kenangan silam semasa mengunakannya. Nanti Matselongkar postkan duit-duit syilling satu sen, suku sen, setengah sen dan tiga suku sen zaman straight settlemant puler. Duit-duit zaman straight settlement itu masih ader dalam simpanan Matselongkar.

Sunday, August 10, 2008

Lapar Lagie


Qilah baru dapat handphone baru. Lebih mahal dari ayah dia punyer handphone. Ayah dia hanya mampu yang secondhand jer. Itupun dah masuk air. Kena blow pakai hair drier kerana nak nyelamatkan hand phone buruk tu. Nasib baik bole pakai lagi. Qila kena janji belajar rajin-rajin dan selalu tolong mama kat dapur. Kalau tak handphone akan kena qurantiene.

Duit Jepun Lama


Ini ader gambar duit jepun lama yang masih ader dalam simpanan Matselongkar. Dulu masa kecik-kecik duit jepun ni banyak kat kampung. Kiter tak menghargainya langsung. Pada zaman jepun ( sesetengah orang-orang lama kampung kata "musim" jepun), ramai orang kaya-kaya naik sasau biler jepun menyerah kalah. Ader yang membakar duit jepun berpeti-peti kerana kecewa. Maner tak nya. Semua duit british dah mereka tukar dengan duit jepun. Biler jepun kena bom atom dan meyerah kalah, british datang semula. Duit british laku balik dan duit jepun dah tak lagu. Maka sasau ler kawan tu. Emas perak dah terjual. kebun dah tergadai. Yang dapat hanyer duit jepun. Binaware punyer jepun. Menurut ceriter Yang Ampunyer Ceriter, biler jumper jepun kena tunduk kepala. Orang dulu-dulu dah puas kena penampo jepun. Sesetengah dah naik muak. Jepun pun dah naik pening kerana tak tahu mana lagi nak letak penampau mereka. Kalau kiter nak tunduk kepala, pastikan jepun tu nampak kiter. Kalau masa kiter tunduk dia tak nampak, maka penampau ler jawabnya. Kalau kita argue dan cakap yang tadi kiter dah tunduk, jam-jam tu ler satu penampau naik kat kepala lagi. Berputau ler kepala kiter . Orang Jepun terkenal dengan kekejaman dan kezalimannya. Mereka guna taktik dan phsycology of fear. Penduduk yang didalam ketakutan tak kan berani menentang dan hilang jatidiri. Menentang jer, pancung kapla. Begitulah kalau kiter dijajah secara mental dan fizikal. Hilanglah harga diri. Kat sini, kalau nampak jepun ni aku kadang-kadang naik hot. Kalau ler kiter pakat ramai-ramai pulangkan penampau-penampau mereka yang dah mereka beri kat tok nenek kiter dulu, ader yang kojol juga jepun dua tiga ekok ni. Bagerro...Bangzaiiii...Kamikazee....
Duit jepun ni ader dua jenis. Satu ader nombor siri. Yang ader nombor siri ni original dicetak dalam negeri jepun dan dibawa ke Malaya. Ianya sukar didapati. Yang lainnya dicetak kat dalam Malaya , dicetak dalam kereta api yang mereka kebas dari british. Ianya tidak bersandarkan Gold Reserve. Cetak sesuka hati depa jer. Dalam duit jepun ni banyak gambar pokok pisang. Dia ingat kiter kat malaya ni aper?. Monyet ker... Binaware ....Aku sampai la ni pun kalau nampak depa ni aku naik hot dan geram. Rasa nak tangkap ramai-ramai dan bagi depa minum air kelorok.

Duit Lama Brunei


Ini puler ada gambar duit Brunei. Dulu duit ni boleh digunakan dalam malaysia. Duit Brunai satu ringgit sama nilainya dengan seringgit duit malaysia dan satu dollar singapura. Lepas Mahadhir jadi PM Malaysia. beliau turunkan nilai duit malaysia. Sekarang seringgit duit kiter sama dengan 40sen ke 50 sen duit singapura (kalau tak silap). Dulu, sebelum Mahadhir, kalau gaji kiter seribu sebulan sama nilainya dengan gaji pekerja singapura seribu sebulan.Tapi lepas Mahadhir jadik PM, gaji kiter dah jadi kurang dari separuh gaji pekerja singapura yang tadinya sama. Hampeh... Kiter dengan tiba-tiba jatuh miskin berbanding rakan kiter kat singapura tadi. Dulu duit Brunei ni siapa-siapa pun boleh dapat. Kadang-kadang biler kiter beli barang, kita bayar guna ketiga-tiga jenis matawang ni. Macam tak ader beza langsung. Malaysia ker, singapura ker, Brunei ker sama saja. Macam sebuah negara jer.

Suhailah Dengan Ayah Dia


Suhailah dengan ayah dia. Suhailah ni kalau bergambar, macam-macam gaya dan ragam. Nampak jer ok tapi penakut bukan kepalang. Malam-malam nak pergi bilik sendiri pun nak kena teman. Hampeh.. Bila kiter cakap "nak takut apa?..bukan ader pocong" dia terus menjerit dan cabut lari. Hampeh...

Jalan-Jalan Cari Makan


Hari ni kiter pergi jalan-jalan cari makan. Mat Upi tengah mata (makan ) dengan sunguh-sunguh .Tak tengok kiri kanan lagie. Jangan bergaduh masa makan dah ler...Makan ler kamu puas-puas. Nanti bulan depan dah posa tau ler kamu. Pagi-pagi dah menjerit mintak makan walaupun begitu, tahun lepas posa penuh. He..he..

Saturday, August 2, 2008

Getting Exited

Aida dan Qila. Dah puas main kayak, depa dok mandi pulak.
Woii... Cepat sikit. Hari dah nak senjer ni. Kemas-kemas ler. Kiter dah nak balik ni.
Baby Rasyidah nie tengah exited ler ni.
"Ha.. Apo ekau tunggu laie ni baby. Lompek jo..."

Mat Upi tengah Rilex


Ni Mat Upi tengah rilex. Suruh main perahu layar dia give-up. Sekarang kamu naik ler kayak nie.

Tengok macam nak mabuk jer... Orang kalau mabuk ni ader tanda-tanda dia. Mula-mula akan termenung tengok kat air. Pas tu diam dan hilang suara. Lepas tu mesti meludah atas permukaan air.. . Pas tu wek.....wek....Tapi kali Upi looks ok jer.

Kayuh jangan tak kayuh


Kayuh jangan tah kayuh.. Aku pun kayuh sampai tengah laut. Kayak jenis ni kalau sorang, berdesup perginya. Dalam 20 minit kiter boleh sampai ketengah lebih kurang 2 batu. Biler naik dua atau tiga orang, semput ler...mula ler dia buat hal. Memekap atas air. Kayuh punyer kayuh, kat situ juga.

Berkayak kat PD


Ayah, Qilah dan Baby Rasyidah.
Rasyidah siap pandang belakang. Ni tentu Suhailah panggil nak tangkap gambar ni. He...He....
Qila pulak, kayuh punya kayuh, kayak asyik nak berpusing jer...
Nasib baik tekong ader skill. Qila tak tahu yang masa ayah dia kecik-kecik dulu, , ayah dia selalu kayuh perahu Tok Shak tangkap belanak kat kualer Parit Jawa. He..He.. Maser tu banyak ikan. Belanak, gelama dan senangin buih merucup. Biler jaring ditarik, berjuntai ikan macam buah rambai. Ubur-ubur dan ampai-ampai pun naik sekali. Gatal dan bisa dah jadi perkara biasa.

Berkayak Dipantai PD


Hari ni kami pergi berkayak kat Pantai Batu Ompek Port Dicksen. Petang baru kiter balik.

Aida, Upi dan Baby Rasyidah sangat suker hati dan happy. Upi dah meluru dulu. Tu...nun jauh tu gambar dia.. Entah biler dia dah sampai kat gigi air. Berlesup..